andai lelaki tahu. . . . .
andai lelaki tahu. apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
andai lelaki tahu. apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
andai lelaki tahu. apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu. apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
andai lelaki tahu. apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
andai lelaki tahu. apabila perempuan jarang mengatakan ' i love you ' , itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
andai lelaki tahu. apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
andai lelaki tahu. apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah! hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
andai lelaki tahu. apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan sukar untuk mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
andai lelaki tahu. sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami. mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya. jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak anak anda. :)
2 comments
setuju2...adainyer lelaki tahu...saya lah orang pling bahagia dimuka bumi ini...hehehe
REPLYhttp://khayalan27.blogspot.com/
andaikn.. sy pon nk cm 2 jgk..=)
REPLY